Sunday, September 29, 2013

My Story

Assalamualaikum,
Bismillahirohmanirohim. Selawat & Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Nama saya Noraini binti A Rani. Hari ini saya adalah pemilik syarikat Maira Trading Resources yg ditubuhkan pada tahun 2008. Syarikat ini adalah perkongsian saya dgn Puan Maya Che Ros.
Syarikat kami mempunyai  kepakaran dalam menghasilkan produk pakaian muslimah seperti Tudung , Jubah , Baju Kurung , Skirt Labuh, Sarung Tangan, Tudung haji & umrah, Tudung utk jururawat(tempahan khas).
Saya sedia membantu sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pengedar produk keluaran kami di bawah label MAIRA COLLECTIONS. Tukang jahit kami sangat pakar  berkeupayaan menghasilkan 200-300 helai tudung sehari bagi memenuhi pasaran di seluruh Malaysia, Sabah Sarawak & Brunei. Saya bersyukur sejak syarikat ini ditubuhkan saya berjaya menolong ramai pengedar2 yang berminat memasarkan pakaian muslimah. Ada yang membuatnya sebagai full time & ada juga part time. Saya membantu dari segi kempen pengiklanan yang berterusan di Majalah, TV & juga Billboard(terletak di LDP selepas tol Sg Penchala) menuju ke Kepong.

Sebelum menceburi bidang perniagaan saya bekerja di dalam sektor swasta. Syarikat terakhir saya bekerja ialah di salah sebuah bank di jalan Ampang KL. Rutin kerja saya yang terpaksa keluar rumah pukul 6.30pagi dan pulang jam 8 malam membuatkan saya sentiasa letih. Fikiran selalu serabut memikirkan tugasan ofis dan apabila pulang hanya sempat berjumpa anak2 & suami beberapa jam sblm masuk tidur. Setiap hari berfikir sampai bila kah saya akan bekerja begini. Sehinggalah pada suatu hari pembantu rumah saya berhenti kerja kerana ingin pulang ke negara asal. Oleh kerana tiada orang yang boleh menjaga anak-anak , saya nekad untuk berhenti kerja dan bercadang untuk berniaga.
Perniagaan pertama saya ialah Salun kecantikan utk muslimah. (masih beroperasi sehingga kini). Saya melantik pekerja utk menguruskan operasi Salun. Dari perniagaan Salun ini saya dapat mengenali ramai pelanggan & akhirnya menjadi kawan. Percaya tak, sewaktu saya bekerja dahulu saya kurang mengenali orang sekeliling & kurang berinteraksi dgn jiran kerana terlalu sibuk.
Seterusnya saya berkenalan dgn Puan Maya & kami mempunyai minat yang sama iaitu berniaga dan akhirnya tertubuhlah Maira Trading Resources. Saya bermula dengan modal yang sedikit dan tiada  pekerja. Kami beli material sedikit2 dan hantar kepada orang lain untuk dijahit. Produk pertama MAIRA COLLECTIONS ialah tudung. Kelebihan saya ialah saya ini seorang yang full of passion. Sangat bersemangat & excited, sebelum tudung siap dijahit, saya dan Maya sudah memulakan kempen. Sudah tentu sasaran pertama kami adalah adik beradik & kawan terdekat. Hihi.. Batch pertama saya mengeluarkan 500 helai tudung. Saya gunakan sebahagian daripada ruang Salun kencantikan untuk mempamerkan koleksi.
Tanpa perlu mengeluarkan modal beribu, nah..show room sudah siap. Syukur Alhamdulillah , kesemua tudung 500 helai telah berjaya di pasarkan dalam masa seminggu. Saya & partner melompat kegembiraan dengan sambutan luar jangkaan TETAPI ruangan pameran sudah kosong. Macam mana tu?  Sedangkan untuk menghasilkan batch yang berikutnya memerlukan lebih kurang seminggu.
Nanti saya akan ceritakan bagaimana dan apa yang menyebabkan saya mengambil keputusan utk mempunyai tukang jahit sendiri..



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.