Saturday, October 12, 2013

Cerita Prasangka

Pernah baca story ni tak..
Hati yang bersih ialah hati yang tidak berprasangka. Jomm kita renung2 kan..

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rmh seorang ibu miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dgn bantuan cahaya HP dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak, ada lilin tak?"

Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!".

Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin, Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

Sahabat, janganlah kita mudah BERPRASANGKA, danBERKONGSILAH...
Kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.